About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
#Fatin Syahirah , 25 SEPT , student at UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN . Faculty Technology Management and Business .

Tuesday 17 April 2012

Pesan pada hati

ASSALAMUALAIKUM...

- Pesan pada hati , jangan terlalu membenci pada satu insan , kerana rindu pasti akan bertandang .

- Pesan pada hati , jangan merindu pada kenangan ,  kerana ia pasti akan mengalirkan air mata kesedihan .

- Pesan pada hati , jangan terlalu menaruh harapan , kerana satu hari ia mungkin akan dikecewakan . 

- Pesan pada hati , jangan terlalu mencinta , kerana satu hari mungkin ia tak akan kekal . 

- Pesan pada hati , jangan salah menilai orang , kerana luaran tak menceritakan dalamannya . 

- Pesan pada hati , sentiasa senyum walau beribu masalah bertandang . sekurang kurangnya ia tidak akan membelenggu kamu setiap masa . 

- Pesan pada hati , setiap yang jadi pasti ada hikmahnya.. Terima dugaan dan ujian dengan sabar 

- Pesan pada hati , susah dahulu , senang senang kemudian . Tuhan tidak akan menyusahkan makhluk ciptaannya . 


#Jaga dan rawat hati sebaiknya , kerana di situ letaknya nilai dan sifat sebenar setiap manusia . :)

No comments: